Pandemik yang melanda dunia bermula tahun 2019 memberikan impak kepada ekonomi serta perniagaan-perniagaan. Namun, walaupun banyak bisnes & perniagaan terkandas, banyak juga yang berjaya sehingga ada yang menjana 7 angka sebulan!

Tapi macam mana mereka boleh berjaya? Memang betul ia rezeki mereka, tapi pastinya usaha yang mereka berikan untuk mencapai kejayaan macam itu pastinya menggunung, setuju? Berbulan-bulan juga saya fikirkan perkara ini

Macam mana bisnes yang aku nampak sebelum ini hidup segan mati tak mahu, boleh tiba-tiba bangkit bagai daun ros dicurahkan air?

Jadi saya pun mengkaji, dan mengkaji, dan mengkaji. Akhirnya saya nampak 1 pattern yang semua usahawan tersebut buat. Mulanya rasa seperti sangat basic dan mustahil, tapi rupanya kebenaran itu sudah jelas didepan mata…

…apa yang mereka buat?

Mereka berpindah ke dunia online, mereka fahami dan mereka kuasai

Kalau kita tengok pada dada-dada akhbar, kita akan nampak yang kebanyakkan bisnes yang tutup adalah bisnes yang bergantung 90-100% dengan medium offline. Saya tak nafikan, bisnes offline dengan ada kedai fizikal ini bagus. Nampak lebih profesional dan lebih dipercayai

Tapi disebabkan oleh pandemik ini juga lah, rakyat Malaysia semakin suka dan selesa membeli-belah dengan medium online. Tambah pula ada ecommerce gergasi seperti Shopee dan Lazada yang hari-hari keluar iklan di TV. Makin bertambah yakin lah orang ramai

Usahawan-usahawan yang berjaya ini nampak apa yang sedang berlaku. Mereka nampak yang orang ramai dah selesa membeli secara online. Mereka nampak yang semakin hari, semakin banyak pembelian yang berlaku melalui medium online, dan mereka pun pivot untuk terus berpindah ke dunia online

Kenapa mereka pindah ke dunia online?

  1. Lebih menjimatkan kos mereka
    Tak perlu lagi bayar sewa setiap bulan dan ada kes yang mana sewa naik semasa dan selepas PKP
  2. Itulah tempat yang orang ramai berada
    Kalau dulu orang ramai suka lepak dan beli-belah di shopping mall, sekarang orang lepak dan beli-belah di Facebook, di Instagram dan di Tiktok
  3. Boleh berjalan secara automatik
    Dengan adanya teknologi seperti website ecommerce, chatbot, automation dan lain-lain, proses jual beli menjadi automatik!
  4. Lebih banyak masa bersama keluarga
    70-90% usahawan buat bisnes sebab nak bantu menyara keluarga, tapi akhirnya terpaksa gadai masa mereka. Bisnes online atasi masalah ini

Anda boleh tengok rakan-rakan anda yang menjalankan bisnes online, rata-rata akan berikan salah satu daripada empat sebab diatas, bila ditanya kenapa dia buat bisnes online

Anda dah tahu dengan jelas kenapa mereka berpindah ke dunia online. Sekarang anda mesti nak tahu macam mana mereka fahami dan kuasai platform online ini, kan?

Sebenarnya tak sesusah yang kita sangkakan. Mereka ini cuma melalukan beberapa perkara sahaja. Ada yang percuma dan ada yang berbayar, semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi apa yang penting ialah, kita fahami caranya dulu

Macam mana mereka fahami dan kuasai platform online?

Dunia online ini sangatlah laju. Ibarat hari ini kita buat A, hari esok orang dah mula mencuba untuk buat B. Kalau kita terlambat memang kita akan ketinggalan dan potensi untuk kita kalah dengan pesaing sangatlah tinggi. Tapi betapa laju sekalipun dunia online ini, ia tetap mempunyai asas atau basic yang sama

Asas ini lah yang akan membantu kita sangat, sangat, sangat. Apa pun kita belajar dalam dunia ini, mesti ada asasnya. Nak belajar baca al-Quran, kena ada asas Iqra’ dulu. Nak belajar buat kek, kena tahu dulu asas kek ini diperbuat daripada apa

Kalau dalam bisnes online, apa asas yang usahawan-usahawan berjaya tadi dah fahami dan kuasai? Ada beberapa;

  1. Knowing Their Audience
    Pernah tengok video tak video yang viral? Mesti pernah kan. Tapi sedar tak, video yang viral dan keluar di FYP atau feed anda tak sama macam yang keluar di FYP atau feed saya? Ini berlaku sebab usahawan yang berjaya dan hebat, sangat tahu siapa yang patut nampak posting/video/produk mereka. Kalau anda bukan target market mereka, buat apa mereka nak tunjukkan pada anda, kan?
  2. Knowing Their Numbers
    Usahawan online akan buat macam-macam jenis kempen. Ada yang low cost, ada yang high cost. Apa yang penting ialah, mereka tahu nombor-nombor yang penting. Contohnya, mereka tahu kalau guna Gambar A, mereka akan dapat dalam 20-30 komen. Ini yang membuatkan mereka kedepan berbanding yang lain
  3. Paid Advertising
    Usahawan online mesti akan pernah gunakan iklan berbayar, walaupun sekali. Kenapa? Sebab iklan berbayar ini lebih laju capaiannya dan lebih senang untuk orang nampak. Antara yang popular dan kesukaan saya ialah Facebook Ads
  4. Knowledge Building & Networking
    98% usahawan yang saya kenal dan mereka ini sangat berjaya, sentiasa menambah ilmu. Boleh kata setiap hari mereka akan bertanya pada yang lebih pakar atau semudah membaca buku untuk belajar benda baru. Mereka juga suka ber-networking, bukan saja untuk berkongsi cerita tapi untuk berkongsi kepakaran juga
  5. Experiment
    Every day is not Sunday. Bukan setiap hari senang lenang macam hari hujung minggu. Akan tiba masa bila kempen marketing tak menjadi, sales sendu dan staf buat masalah. Usahawan online sentiasa akan experiment dengan benda-benda ini. Kalau buat A tak jadi, tak apa aku akan buat B. Itulah pegangan mereka

Ada tak usahawan yang berjaya tapi tak follow 5 asas dekat atas tadi? Ada, tapi kebanyakannya akan kecundang juga akhirnya. Sebab apa? Sebab cuma berpegang pada satu benda sahaja. Saya sendiri dulu sangat-sangat pegang dengan Facebook Ads saja. Belajar benda baru pun tak nak dah. Bila berubah sikit dalam sistem Facebook, terus kelaut dalam…

Kalau anda baru nak mula bisnes online, baru nak jejak kaki ke alam yang anda memang tak biasa , yang mana satu anda kena buat dulu? Pendapat saya, no 4 anda kena buat dulu. Anda perlu tahu tentang sesuatu dulu, barulah anda boleh buat. Bila dah ada knowledge, yang lain-lain itu akan datang secara sendirinya

Tapi dekat mana anda nak dapatkan knowledge ini? Paling mudah ialah YouTube. YouTube boleh kita kata ada segalanya. Cuma kekurangan YouTube ialah, kebanyakan video dalam Bahasa Inggeris dan kadang tidak up-to-date. Sama juga dengan buku

Anda boleh juga masuk ke Facebook Groups. Banyak yang percuma dan anda boleh bersembang dengan rakan seperjuangan. Tapi disebabkan percuma, perkongsian mungkin agak terhad

Saya sendiri lebih suka daftar ke kelas-kelas yang berbayar. Selalunya guru-guru yang mengajar dan berkongsi dalam kelas berbayar ini, menceritakan berdasarkan experiment mereka, pengalaman mereka dan apa saja yang mereka dah buat dan lalui

Kalau anda rasa nak cari kelas walaupun online sangat lah susah, anda boleh sertai kelas yang saya akan buat 10 – 11 Mac nanti. Kelas ini akan fokus kepada online advertising dan memang lebih kepada newbie, student dan mereka yang betul-betul dalam dunia bisnes online

Mulanya saya ada cadang untuk buat beberapa slot untuk daftar percuma, tapi kalau ikutkan pengalaman saya, memang ramai yang tak hargai kelas percuma. Tapi jangan risau, yuran yang saya kenakan sangatlah rendah, tak sampai harga sebuah buku marketing pun. Dan sebenarnya gila berbaloi dengan apa yang akan saya kongsikan nanti

Kalau anda berminat nak sertai, klik butang dekat bawah ini untuk dapatkan info lebih lanjut.